Thursday 12 February 2015

Surah-surah Hafazan

Assalamualaikum and Salam Jumaat semua.!

Pertamanya saya ingin mengucapkan Takziah kepada keluarga Datuk Haji Hasbullah Awang dan Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat atas permergian beliau. Semoga Allah S.W.T menempatkan beliau bersama orang-orang yang soleh. Amin.

Baiklah, hari ni saya sangat berminat untuk berkongsi berkaitan surah-surah hafazan.

Sebenarnya, untuk menghafal Surah Al-Fatihah, dan dari surah Al-Zalzalah sehingga surah An-Nas, surah-surah hafazan tersebut perlu dilakukan seiring dengan bacaan yang baik dan pemahaman yang mendalam akan makna-makna yang terdapat dalam surah tersebut. Ramai orang Islam yang membaca Al-Quran, tapi sayangnya mereka tidak memahami isi dan maksud sebenar yang ingin disampaikan dalam surah tersebut.
Sungguh hebat ciptaan Allah S.W.T, telah diceritakan dan diberikan cara-cara kehidupan sebenar dan rahsia kejayaan di dunia dan di akhirat di dalamnya. Oleh itu, tidak hairanlah kita ini diwajibkan untuk menuntut ilmu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda: Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.







Monday 9 February 2015

Quotes from famous people

Aloha! Good morning beautiful world. Today I would like to share some quotes from famous people that I got from the internet. 'oh is that a word?' hahaha




Sunday 8 February 2015

Hi everyone! I'm Nora and this is my first experience to write a blog. So, I hope that you enjoy reading my blog. Thank you ^_^